
Chanteek Borneo
Keeping Heritage Alive
Kami percaya bahawa warisan pakaian tradisi mengambarkan identiti serta jati-diri kita.
Dalam menongkah arus kemodenan gayahidup zaman kini, pemakaian pakaian tradisi ada kalanya kurang pratikal.
Oleh itu kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan tekstil bercorak etnik Sabah berinspirasikan motif-motif dari tenunan, sulaman, anyaman serta ukiran suku kaum Kadazandusun, Murut, Rungus dan Bajau.
Setiap helai kain rekaan Chanteek Borneo menceritakan tentang keindahan dan kesenian budaya Borneo Utara yang telah diwariskan oleh nenek-moyang semenjak dari Nunuk Ragang.
2020-11-21