Tekstil Digital dan Pereka Fesyen

Kami memahami bahawa setiap Pereka Fesyen mempunyai gaya individualiti serta sentuhan mereka tersendiri keatas setiap rekaan mereka. Corak diatas fabrik merupakan antara aspek yang memainkan peranan keatas penjenamaan serta identiti koleksi pakaian seseorang pereka fesyen.

Sebagai Pereka Fesyen, anda menentukan sendiri corak untuk koleksi pakaian anda.

Untuk membantu Pereka Fesyen merealisasikan corak pada pakaian rekaan mereka mengikut idea dan inspirasi sendiri, Chanteek Borneo menawarkan khidmat berikut:

  • Mereka-bentuk corak motif digital mengikut lakaran yang diberi atas kain ela secara blok.
  • Mereka-bentuk corak motif digital megikut lakaran serta pola pakaian berdasarkan kepada kertas pola.
  • Cetakan kain menggunakan kaedah digital ‘dye-sublimation’.
  • Khidmat rundingan serta panduan berkenaan motif dan corak kebudayaan kumpulan etnik Sabah.
Contoh ilustrasi rekaan batik digital untuk pelanggan

Antara corak rekaan digital dan pola digital atas kain cetak yang boleh dihasilkan adalah :

  • Pakaian wanita seperti dress, baju kurung, pakaian pengantin
  • Kemeja lelaki
  • Tali-leher dan bow-tie
  • Selendang/skarf
  • Vest, jacket, suit
  • Beg, tas tangan, dompet

Perkongsian Pereka Fesyen

“Sebagai pereka fesyen yang sentiasa mahu menampilkan kelainan dan keunikan tersendiri, saya sudah sering menggunakan khidmat rundingan dan cetakan fabrik di Chanteek Borneo.

Dengan ketelitian dan pasukan mereka yang semakin berkembang , masalah cetakan fabrik saya menjadi lebih pantas dan mengikut arah tuju idea asal yang saya sendiri.

Bukan itu saja, pasukan Chanteek Borneo juga memberikan panduan dan khidmat rundingan terutamanya berkaitan corak etnik tertentu mengikut rekaan yg saya inginkan  dan ini membuatkan proses rekaan saya menjadi lebih mudah diterjemahkan.

Hasil cetakan di Chanteek Borneo juga amat berkualiti dengan pilihan fabrik yang pelbagai. Ini menjadikan rekaan motif saya menjadi lebih unik dan ekslusif kerana ini adalah rekaan cetakan saya sendiri dan tidak didapati dimana mana gedung kain lain.” 

Ahmad Fikri Gompul, Kota Kinabalu, Sabah

Untuk pertanyaan lanjut tentang khidmat rekaan dan cetakan kain digital, sila dapatkan kotasi disini.