Kain ela jenama kain.chanteek keluaran Chanteek Borneo Sdn Bhd merupakan kain cetakan yang direka dan dicetak secara digital. Corak pada tekstil ini di-inspirasikan dari motif-motif corak yang terdapat pada pakaian tradisi, ukiran kayu, anyaman kraf dan tenunan kain tradisi suku kaum Kadazandusun, Murut, Rungus dan Bajau di Sabah.

Ilham dari corak-corak sulaman, tenunan, anyaman dan ukiran.

Walaupun Sabah, Sarawak dan Kalimantan berkongsi pulau Borneo, corak kain.chanteek berbeza dengan corak kain yang boleh didapati dari dua wilayah tersebut. Corak-corak di Sabah (Borneo Utara) lebih menjurus kepada bentuk-bentuk geometri dengan penggunaan warna-warna primer hitam, merah, kuning, hijau dan putih. Pemilihan rona warna juga menjurus kepada warna-warna garang serta terang yang mencerminkan flora dan fauna iklim tropika Sabah.

Kain ela pelbagai jenis fabrik selesa dijahit untuk pakaian harian, sesuai untuk cuaca negara Khatulistiwa.

Bagaimana kain.chanteek dihasilkan?

Proses pengeluaran kain dimulakan dengan kajian etnik terlebih dahulu oleh pasukan pereka tekstil. Setiap corak kain.chanteek yang dihasilkan akan melalui beberapa peringkat sebelum ianya dipasarkan secara komersil. Antara peringkat yang terlibat termasuklah mendapatkan pandangan serta pengesahan dari kumpulan etnik berkaitan agar corak rekaan komersil menepati unsur-unsur budaya serta identiti komuniti tersebut.

Corak dan motif pada kain.chanteek dişusun dengan mengambil kira sentimen aspek budaya setiap etnik yang berkenaan agar ianya tidak melanggar pantang-larang budaya serta membawa maksud yang negatif. Gubahan corak juga disesuaikan dengan sensitiviti agama agar kain ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman mereka.

Kegunaan kain.chanteek

kain.chanteek sesuai untuk dijahit sebagai pakaian harian, samaada untuk acara santai mahupun acara formal. Selain itu tekstil ini terdapat dalam pelbagai jenis fabrik yang selesa dipakai dan sesuai dengan cuaca tropika negara Malaysia.

Untuk pembelian kain.chanteek