Cetak Kain Corak Sendiri
Pereka Fesyen dan pengusaha butik pakaian yang menjual koleksi pakaian menggunakan kain corak mereka sendiri mempunyai kelebihan berbanding pesaing mereka. Corak yang unik serta tersendiri memberikan kelebihan dari segi penjenamaan perniagaan serta menggambarkan sentuhan seni kreativiti seseorang pereka pakaian.

Sebagai penyedia khidmat rekaan digital corak etnik Sabah, kumpulan pereka tekstil Chanteek Borneo akan membantu pelanggan untuk menghasilkan rekaan tekstil sama-ada berkonsepkan etnik tradisi, etnik kontemporari atau pop etnik. Pasukan pereka tekstil kami mempunyai latar belakang dari bidang yang berbeza-beza untuk membantu mereliasasikan idea-idea anda ke atas sebidang kain.
Bagaimanakah Proses Mencetak Kain Corak Sendiri?
Untuk mencetak kain corak anda sediri, minimun kuantiti adalah 2 meter sahaja. Gambar rajah dibawah menunjukkan aliran proses untuk tempahan kain anda. Kitaran tempahan akan mengambil masa antara 14 hari bekerja sehingga 50 hari bekerja bergantung kepada konsep dan perincian corak anda.

Kualiti dan Pilihan Fabrik
Chanteek Borneo menyediakan pilihan-pilihan fabrik berkualiti tinggi yang bersesuaian untuk rekaan fesyen dan juga untuk rekaan pakaian korporat serta fabrik untuk hiasan dalaman. Terdapat fabrik jenis elastik (seperti Lycra), tidak elastik (polyester), nipis lut-cahaya (Chiffon) serta pelbagai fabrik jenis satin yang berpermukaan kilat dan matte. Pilihan bidang kain juga terdapat sama ada bidang 60 inci atau 45 inci untuk disesuaikan dengan konsep rekaan produk atau fesyen anda.

Kualiti Cetakan dan Jaminan Warna
Salah satu misi Chanteek Borneo adalah untuk membantu menaikkan industri fesyen Malaysia dengan menghasilkan kain-kain corak etnik yang boleh dijadikan identiti unik dari negeri Sabah. Oleh itu kami sangat menitik-beratkan kualiti pengeluaran kami agar kain cetakan kami boleh diterima serta mematuhi piawaian tekstil antarabangsa.

Di Chanteek Borneo, kami hanya menggunakan dakwat warna UltraChrome DS yang diluluskan untuk mesin tekstil EPSON yang mempunyai pengikhtirafan dari OEKO-Tex. Warna-warna hasil cetakan digital ini tidak mudah luntur dan tidak memudaratkan kulit manusia.

Untuk membuat tempahan kain corak sendiri, langkah pertama anda adalah membuat temujanji dengan pasukan rekaan kami. Anda boleh
kami atau menghantar pertanyaan di sini.