Tentang Kami

Chanteek Borneo Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat tempatan pertama di Sabah yang menghasilkan kain corak etnik kontempori. Chanteek Borneo juga merupakan syarikat pelopor pertama di Malaysia yang menghasilkan kain ela menampilkan corak-corak etnik Sabah.
Khidmat yang ditawarkan oleh Chanteek Borneo adalah:
- Menjual kain-kain corak Sabah jenama Kain.Chanteek yang merupakan prodük utama syarikat.
- Menawarkan khidmat rekaan dan mencetak kain secara digital kepada pengusaha fesyen.
Teknologi Kami

Kami menggunakan kaedah dye-sublimation untuk menghasilkan kain cetakan. Kaedah dye-sublimation merupakan salah satu teknologi mencetak kain secara digital dimana rekaan kain dihasilkan dalam bentuk lukisan digital dan dicetak atas medium pindahan sebelum dipindahkan secara pemanasan keatas kain.
Mesin cetakan yang digunakan oleh Chanteek Borneo merupakan mesin industri berkualiti tinggi dari EPSON, Jepun dan DGI, Korea. Mesin-mesin keluaran jenama ini merupakan antara peneraju utama dalam bidang mesin cetakan industri kain digital didunia.
Team Chanteek Borneo

Chanteek Borneo Sdn Bhd diterajui oleh Puan Anne Antah. Beliau memulakan syarikat ini pada 2011 dengan menghasilkan aksesori hiasan rambut berkonsepkan kraf tempatan Sabah.
Pada tahun 2012, Chanteek Borneo mula menghasilkan boneka ala Barbie yang berpakaian tradisi Sabah. Susulan dari boneka tersebut, idea kain.chanteek diilhamkan pada 2016 dimana penghasilannya dimulakan pada penghujung tahun 2018.

Team Member Chanteek Borneo

Head of Operation

Textile Designer

Textile Designer.

Textile Designer.

eMarketing Executive.

Business Development Executive.

Business Development Executive.

Operation Executive.

Admin Executive.